Membawang Hari Ini

Ganti Siti: Ernie Serah Kepada Pengurusan

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ernie Zakri menganggap kepercayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza menggantikan tempatnya sekiranya Anta Permana dicalonkan dalam Muzik Muzik 34 (MM 34), tahun depan sebagai penghormatan.

Tersentuh dengan kepercayaan yang diberikan, Ernie bagaimanapun, menyerahkan kepada syarikat pengurusannya untuk mempertimbangkan perkara itu.

“Saya terharu apabila penyanyi yang dianggap sebagai legenda memberi kepercayaan untuk saya menggantikan tempatnya menyanyikan lagu itu.

“Bagi saya, ia penghormatan yang besar, malah saya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh penyanyi yang sangat saya hormati.

“Namun, saya tidak berani memberikan maklum balas memandangkan perkara itu sekadar pandangan, belum ada kata putus,” katanya.

Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL adalah pada 2007 mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta.

Terdahulu, menerusi BH Online, Siti memberitahu, komposer lagu itu, Hael Husaini dan Ezra Kong pernah bertanya pendapatnya mengenai hasrat mereka mencalonkan Anta Permana dalam MM 34.

Memahami MM adalah pertandingan lagu, Siti menyerahkan soal pemilihan penyanyi ganti di tangan komposer, namun secara peribadi membayangkan Ernie sebagai pilihan.

Siti berkata, dia yakin dengan kelebihan penyanyi dan guru vokal itu kerana Ernie sudah membuktikan mampu menyanyikan lagu tradisional serta balada dengan baik.

Juara Bintang RTM 2009 itu sebelum ini cemerlang apabila membawa pulang trofi Vokal Terbaik bersama pasangan duetnya, Syamel pada AJL 32 menerusi lagu Aku Cinta.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");