Berita Hari Ini

Himpunan Jihad Perkasa: KDN Ingatkan Patuhi Undang-undang

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan penganjur dan peserta Himpunan Jihad Perkasa supaya berhimpun secara aman dan mematuhi undang-undang.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, diingatkan himpunan ini mengelakkan daripada mengambil tindakan yang mengganggu ketenteraman awam atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

“Polis akan memantau perhimpunan ini untuk memastikan ia berlangsung dengan aman dan undang-undang negara dipatuhi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Tambahnya, negara baru sahaja melalui insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya yang telah menyebabkan keresahan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan yang telahpun dapat dikawal pada masa ini.

“Saya percaya Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah lama tertubuh di bawah kepimpinan yang bertanggungjawab pasti memahami dan sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law), keharmonian rakyat serta ketenteraman dan keamanan negara,” katanya.

Esok, Himpunan Jihad Perkasa dijangka diadakan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur sempena Persidangan Agung Tahunan Perkasa ke-9.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim menegaskan pihaknya akan memantau perhimpunan yang bakal dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika menyalahi undang-undang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");