Membawang Hari Ini

Impian Nak Berduet Dengan Abah Tak Dapat: Syafiq Farhain

Penyanyi dan bekas naib juara program Big Stage, Syafiq Farhain meluahkan rasa terharunya apabila berpeluang untuk tampil bersama arwah bapanya, Saleem Iklim dalam sebuah album kompilasi, Best of Saleem & Syafiq Farhain.

Menurut Syafiq, album istimewa ini memuatkan 11 buah lagu kombinasi nyanyiannya dengan Allahyarham Saleem, termasuk single terbaharunya, Demi Setia.

“Rasanya tak terlambat lagi kan untuk bagitahu semua tentang Album Best of Saleem & Syafiq Farhain.

“Mesti ramai lagi yang tak tahu mengenai album ni.  Specialnnya kat dalam album ni ade 11 lagu kombinasi saya dan arwah abah.

“Single terbaru saya Demi Setia  pun ada kat dalam! Kompom korang belum dengar lagi,” tulisnya pada kapsyen gambaranya bersama album yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, kata Syafiq yang juga merupakan seorang anggota bomba ini, meskipun impian untuk berduet dengan Allahyarham tidak kesampaian, namun gandingan bersama dalam satu album istimewa ini sudah memadai buatnya memetik laporan Sonar Harian.

“Impian nak berduet dengan abah tak dapat, tapi boleh duk satu album pun jadilah kan..” luahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");