Perak Hari Ini

Jangan Jual: Rakyat Mahu MAPS Terus Dibangunkan

Isu penjualan taman tema Malaysia Animation Park Studios (MAPS) tidak ada keperluan untuk dilaksanakan seperti yang telah dicadangkan oleh Adun Aulong, Nga Kor Ming ekoran beban kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri .

Menerusi kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bertarikh 3hb Disember, kerajaan negeri tidak akan menjual MAPS seperti yang dicandangkan kerana jumlah pengunjung dikatakan semakin baik dalam tempoh terkini, jadi tiada keperluan untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di Facebook Peraktoday berhubung berita tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berbentuk bantahan penjualan taman tema tersebut kerana dilihat imej MAPS sebagai salah satu tarikan di bandaraya Ipoh.

Malahan, terdapat ramai netizen yang memberi cadangan supaya harga tiket masuk dapat dikurangkan dengan membuat lebih banyak promosi bersempena dengan cuti sekolah.

Salah seorang pengguna Facebook Megat Anuar menyokong tindakan Menteri Besar supaya tidak menjual taman tema berkenaan malah turut mencadangkan supaya kemudahan yang terdapat di sana ditambah baik serta memperbanyakkan promosi dari segi harga tiket masuk.

Selain itu, Fadzrul Nawawi menyifatkan harga tiket bernilai RM40 wajar dikekalkan jika tiada penambahan permainan.

Tambahannya lagi, menjadi satu kerugian jika dijual kerana kawasan tersebut dilihat begitu strategik dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi malah mampu dibangunkan lagi pada masa akan datang.

Dalam pada itu, ada juga komen yang mencadangkan supaya membangunkan taman air di kawasan tersebut seperti taman tema yang sedia ada bagi merancakkan lagi kemasukan pelancong dalam dan luar negeri.

Terdahulu, Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa, jika ada usaha berterusan dalam mempromosikan taman tema berkenaan, ia pasti akan terus menjadi salah satu tarikan utama di Ipoh

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");