Berita Hari Ini

Usul Dr Mahathir Kekal Perdana Menteri Sepenggal

PUTRAJAYA: Satu usul bagi meminta supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dijangka akan dibawa ke Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), esok.

Usul itu dijangka akan dibahaskan seorang daripada jurucakap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi BERSATU, yang dijadual bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Malam ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU akan menyampaikan Ucapan Dasar Pengerusi, di hadapan kira-kira 1,550 perwakilan, termasuk dari sayap pemuda dan srikandi.

“Ya. Insya-Allah akan dibentangkan salah seorang jurucakap esok,” kata salah seorang pemimpin BERSATU yang dihubungi BH, hari ini.

Sementara itu, wujud gesaan daripada ahli BERSATU akar umbi yang mahukan supaya usul demikian diterima sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU kali ini.

Pengerusi Gerakan BERSATU Akar Umbi, Mohd Hanizam Yunus, berkata usul sedemikian dicadangkan untuk memastikan pemulihan imej negara dapat dijalankan dengan lancar di bawah kepemimpinan Dr Mahahtir.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Biro Keahlian Bersatu Pusat berkata, akar umbi parti itu memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Dr Mahathir untuk memimpin negara semaksimum mungkin.

“Gerakan akar umbi menyampaikan desakan solusi melalui media sosial dengan mengadakan mobilisasi atas talian serentak mewakili seluruh suara akar umbi bagi menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehinga PRU-15.

“Ketika ini, belum nampak penganti sesuai (jawatan Perdana Menteri) yang layak dalam situasi getir transisi negara untuk bangun dari rebah,” katanya.

Sebelum ini Pakatan Harapan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Dr Mahathir.

Mohd Hanizam berkata, resolusi yang disampaikan secara kolektif atas talian ini itu ialah mobilasi usul yang pertama kalinya dijalankan secara begitu teratur dengan hasrat supaya dapat disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, BERSATU Bahagian Setiawangsa membuat usul supaya Dr Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU yang akan datang.

Usul itu dikemukakan oleh Ketua Bahagian BERSATU Setiawangsa, Muhamad Zahid Md Arip yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika ini.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seperti dipetik media pada Oktober lalu pernah meminta supaya Dr Mahathir diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun.

Abdul Hadi berkata, usaha beberapa pihak termasuk Anwar yang ingin mengambil alih jawatan Perdana Menteri secepat mungkin satu tindakan yang tidak mengikut moral politik yang sepatutnya memetik laporan Barita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");