Berita Hari Ini

Azmin Hadir Mesyuarat Kabinet Khamis Lalu, Kata Pegawai

Seorang pegawai Azmin Ali mengesahkan menteri hal ehwal ekonomi itu menghadiri mesyuarat kabinet Khamis lalu ketika keputusan membatalkan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibuat.

“Salam semua. Sekiranya anda tertanya-tanya, saya boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Azmin menghadiri ke mesyuarat kabinet pada Khamis,” katanya dalam kiriman WhatsApp hari ini.

Pegawai tersebut membuat penjelasan itu selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Azmin mengenai penamatan kontrak CCCC.

Dalam satu sidang media pagi ini, Lim pada mulanya berkata Azmin tidak hadir mesyuarat kabinet tersebut dan tidak mengetahui keputusan diambil perdana menteri.

Beliau turut melahirkan rasa “terkejut” dengan pengumuman Azmin.

Bagaimanapun, Lim kemudian menjelaskan beliau tidak berniat menyatakan Azmin tidak hadir semasa mesyuarat itu.

“Saya tidak nak sebut macam itu (Azmin tidak hadir), kerana ia akan membangkitkan andaian negatif. Saya hanya nak kata bahawa beliau mungkin tidak dimaklumkan niat Mahathir.

“Bagaimanapun, saya akan bertindak atas arahan Mahathir,” kata Lim sambil menambah satu pengumuman rasmi akan dikeluarkan minggu depan.

Kenapa mesyuarat Khamis bukan Rabu?

Menyentuh kenyataan Lim, Presiden MCA Wee Ka Siong dalam hantara Facebook mengkritik kenyataan bercanggah kedua-dua menteri berkenaan.

“Guan Eng terkejut apabila Azmin Ali umum pembatalan kontrak ECRL. Saya terkejut apabila kedua-dua menteri ‘berperang mulut’ di media,” katanya.

Pada masa yang sama, Wee juga mempersoalkan mesyuarat kabinet yang diadakan pada hari Khamis dan bukan pada Rabu seperti kebiasaan.

“Guan Eng kata Azmin tidak hadir mesyuarat kabinet pada Khamis? Mesyuarat kabinet biasanya diadakan pada Rabu, jadi kenapa pada Khamis?

“Adakah Tun Mahathir yang berada di luar negeri tidak percaya pada (Timbalan Perdana Menteri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) untuk mempengerusi mesyuarat kabinet?”soalnya.

Khamis lalu, akhbar Sin Chew Dailymelaporkan sumber kabinet sebagai berkata kerajaan juga berbincang isu pampasan dengan CCCC yang merupakan kontraktor projek ECRL.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");