Perak Hari Ini

Dakwaan Sukar Mohon Skim Bantuan Persekolahan MAIPk Tidak Benar

IPOH- Dakwaan yang dimuatnaik individu mengatakan kesukaran untuk memohon skim bantuan persekolahan daripada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah tidak benar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri berasa kesal dengan perkara ini dan menyeru agar orang ramai mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam.

“Pihak MAIPk telah memanggil individu berkenaan untuk perbincangan dan beliau sendiri mengakui bukan datang dari golongan asnaf serta memuatnaik status berkenaan berdasarkan maklumat yang tidak sahih,”katanya dalam satu sidang media di Bagunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Justeru itu ulas beliau, individu yang prihatin diseru untuk bersama-sama berkempen supaya lebih ramai umat Islam yang layak membayar zakat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata, kerajaan Negeri dan MAIPk sentiasa komited untuk membantu golongan asnaf.

“Pihak MAIPk telah selesai mengagihkan baucar persekolahan dan pembekalan peralatan persekolahan kepada 11,200 anak Asnaf Fakir dan Miskin yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2,240,000.00 pada 3 Januari lalu,”katanya.

Beliau turut mengulas mengenai skim bantuan persekolahan MAIPk, dimana penerima bantuan yang sedia ada iaitu penerima pada tahun lalu, mereka tidak perlu lagi mengisi lagi borang bantuan.

“MAIPk kini telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk mengurusankan pengagihan bantuan supaya lebih cepat dan selaras malah semakan dibuat kelayakan berdasarkan pengesahan dari pihak sekolah bagi memastikan anak Asnaf Fakir dan Miskin tidak tercicir dari skim bantuan ini,” katanya.

Dalam pada itu kata beliau, bantuan juga boleh dibuat dengan Zakat Perak jika ada dikalangan golongan asnaf yang benar-benar layakdi kawasan masing-masing yang tercicir daripada mendapat bantuan supaya didaftarkan sebagai penerima bantuan.

“Sebarang masalah boleh terus berhubung di talian 05-2084000,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");