KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.2 pada skala Richter melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 9.55 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan jarak 173km selatan dari Tidore, Indonesia.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama
Komen & Pendapat