Sukan Hari Ini

Higuain Hampiri Chelsea?

MILAN: Gonzalo Higuain tekad meninggalkan AC Milan, kata pengendalinya Gennaro Gattuso ketika spekulasi kuat mengaitkan perpindahan penyerang itu ke kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea.

Higuain menyertai Milan secara pinjaman musim ini dari Juventus pada Julai dengan pilihan menjadikannya perpindahan tetap, tetapi dia bergelut menyesuaikan diri di San Siro, meledak lapan gol dalam semua pertandingan.

Pemain 31 tahun itu sekali lagi ketandusan gol ketika kemenangan 2-0 AC Milan ke atas Sampdoria dalam saingan Piala Itali awal pagi tadi, di mana pemain gantian Patrick Cutrone meledak dua gol dalam masa tambahan.

“Apabila pemain sudah membuat keputusan ia menjadi sukar untuk meyakinkan mereka sebaliknya,” kata Gattuso, lapor Harian Metro.

“Saya mempunyai hubungan cukup telus dengannya, kami berterus-terang antara satu sama lain.

“Buat masa sekarang, dia adalah pemain kami dan kami menjaganya dengan baik. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi.”

Pemain Argentina itu dilaporkan mahu menyertai bekas pengendalinya di Napoli, Maurizio Sarri di Chelsea.

Milan membayar 18 juta euro (RM84.6 juta) untuk menandatanganinya secara pinjaman, dengan klausa menjadikan perpindahan itu tetap pada tambahan 36 juta euro (RM169.1 juta).

Higuain mengharungi musim paling cemerlang di bawah kendalian Sarri, memecah rekod jaringan Serie A dengan 36 gol ketika kempen 2015/16.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");