Berita Hari Ini

Inkues Beri Keadilan Kepada Adib, Keluarga

PASIR PUTEH: Inkues kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang Jaya, Selangor, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah yang terbaik untuk mendapat keadilan kepada mangsa dan keluarga.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata inkues yang bermula Jumaat lalu itu bagi menentukan punca kematian anggota bomba berkenaan.

Katanya, semua yang terbabit sudah disenaraikan untuk menjadi saksi.

“Saya difahamkan keluarga Allahyarham juga sudah melantik lima peguam bagi kes itu selain peguam pemerhati daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Proses inkues mewakili perwakilan yang lebih besar kerana semua pihak akan disiasat dan Mahkamah Koroner akan membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pasukan Bomba Sukarela Marin (PBSMarin) di penempatan semula nelayan di Kampung Pak Mayong, Tok Bali, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof dan Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood.

PBS Marin yang dianggotai nelayan adalah yang pertama ditubuhkan di negara ini bagi menjalankan kerja menyelamat di laut dengan Tok Bali menjadi perintis lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");