Perak Hari Ini

Kastam Perak Rampas 20 Tan Mercun Dan Bunga Api

IPOH:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas mercun dan bunga api seludup sejumlah 20 tan bernilai sekitar RM3 juta dalam satu serbuan pada 27 Disember lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Azimah Abd Hamid berkata nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM263,480 dengan nilai cukai sebanyak RM39,522 dan nilai duti sebanyak RM1,31740.

Tambahnya lagi kes tangkapan tersebut merupakan rampasan terbesar pihak Kastam Perak melibatkan mercun dan bunga api bagi tahun ini.

“Menerusi maklumat orang awam pihak Kastam telah merampas lebih 20 tan mercun dan bunga api yang disimpan di sebuah rumah taman perumahan Jalan Lahat dan telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang kini direman selama lapan hari.

“Mercun dan bunga api telah disimpan suspek di sebuah rumah yang dikawal oleh pengawal keselamatan dan keseluruhan ruang rumah tersebut dipenuhi dengan barangan tersebut dipercayai untuk pasaran seluruh negara dan sambutan tahun baru Cina,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, 640 kotak mercun dan bunga api yang dipercayai diimport dari Negara China itu telah disembunyikan di dalam rumah dan suspek bakal dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh dibawah kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu dengan menyedari menyimpan atau memiliki barang larangan kastam.

Sementara itu pihak Kastam Perak Bahagian Penguatkuasaan juga turut berjaya merampas rokok dan mimuman keras yang dianggarkan berjumlah RM15 juta sepanjang tahun 2018.

Katanya sebanyak lima kontena minuman keras jenis beer yang dianggarkan bernilai sebanyak RM504,983 dengan nilai cukai sekitar RM2 juta berjaya dirampas menerusi satu operasi yang dijalankan.

“Pada tahun 2018 sebanyak 93 kes tangkapan melibatkan rampasan beer dan minuman keras dengan nilai barangan sebanyak RM1.2 juta dengan nilai cukai sekitar RM3 juta.

“Sebanyak 162 kes melibatkan tangkapan dan rampasan rokok telah dijalankan melalui operasi dengan melibatkan nilai sekitar RM1,335,049  dengan nilai cukai sebanyak RM11,47,175,” katanya.

Orang ramai diseru supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak JKDM bagi menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi pihak Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perak di talian 05-5272010 atau talian bebas tol JKDM 1-300-888-500.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");