Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sediakan Tanah Untuk Perumahan Rakyat

IPOH- Kerajaan negeri sedia untuk memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan bagi menyediakan tapak tanah yang sesuai untuk perumahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dengan inisiatif dari kerajaan persekutuan ini, berkemungkinan usaha itu digalakkan serta diperhebatkan bersama dengan kementerian.

“Saya fikir Real Estate & Housing Developers’ Association (REHDA) tidak semestinya memberikan penyediaan kos yang tinggi hanya di negeri Perak, tetapi juga di negeri lain.

“Namun begitu, dalam usaha ini melalui lembaga perumahan negeri yang melibatkan REHDA sebagai ahli masyuarat, kita akan sentiasa berbincang cara untuk membantu pemaju-pemaju perumahan untuk mengurangkan kos dan memastika mereka dapat menjual rumah dengan lebih murah,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memikirkan cara bagi mengurangkan kos untuk para pemaju perumahan agar mereka dapat menjual rumah dengan nilai yang lebih rendah kepada para pembeli.

“Kita menyambut baik uasaha daripada kerajaan persekutuan melalui kementerian perumahan dan kerajaan tempatan ini.

“Bagi kerajaan negeri sendiri apa penting adalah rumah-rumah dapat kita bekalkan kepada rakyat dengan harga yang berpatutan dan seboleh bolehnya dapat diberikan dengan harga yang rendah terutama kepada golongan rakyat yang memerlukan,”katanya.

Tambah beliau lagi, jika terdapat sebarang tindakan yang dilakukan, hal tersebut akan sentiasa diambil berat mengenai pandangan daripada pihak pemaju perumahan yang diwakili REHDA.

“Kita akan fikirkan dari masa ke masa bersama REDHA mengenai tindakan untuk mengurangkan harga rumah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");