Jenayah

Mana Ada Bom

PASIR MAS: Polis mengesahkan tiada bom ditemui dalam kereta Perodua Axia seperti didakwa pemilik kenderaan itu, di stesen minyak, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pemeriksaan polis dan unit pemusnah bom tidak menemui sebarang bahan letupan dalam kenderaan itu.

Sehubungan itu katanya, stesen minyak berkenaan dibuka semula dan disahkan selamat.

“Kita menjalankan pemeriksaan sehingga 1 pagi, namun tidak menemui sebarang alat mencurigakan yang dikaitkan dengan bom atau bahan letupan.

“Polis juga akan mengambil keterangan pemandu kereta Perodua Axia untuk siasatan lanjut dan setakat ini kita tidak boleh memaklumkan seksyen siasatan kerana rakaman percakapan belum dibuat,” katanya kepada pemberita di sini, awal pagi hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian 9.50 malam tadi, suasana di stesen minyak berkenaan kecoh selepas pemandu Perodua Axia memaklumkan kepada pekerja di stesen berkenaan terdapat bom dalam kenderaannya.

Pekerja terbabit yang terkejut dengan laungan lelaki berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk siasatan lanjut lapor Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");