Berita Hari Ini

Badan Khas Untuk Siasat Tuduhan Keatas PH

Kerajaan bakal menubuhkan satu badan khas yang akan menyiasat tuduhan serta aduan terhadap kepimpinan Pakatan Harapan selain sebagai agen untuk menerangkan segala kejayaan yang telah diperolehi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata badan itu ditubuhkan berikutan kerajaan tidak ada satu penjelaaan secara bersepadu atau bersama dalam sesuatu isu.

“Kita dapati bahawa rakyat tidak mengetahui tentang apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan kerana kita tidak ada satu penjelasan secara bersepadu dan bersama sebab itu kita akan adakan satu badan yang akan periksa tentang tuduhan terhadap PH dan juga apa yang dilakukan oleh PH sejak mengambil alih.

“Sebenarnya walaupun ramai yang percaya bahawa gabungan PH ini tidak mungkin berjaya tetapi hakikatnya ialah sejak kita ambil alih, kita boleh bekerjasama sesama kita dan boleh laksanakan segala dasar-dasar kerajaan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan bidang lain.

“Walaupun tak ternampak namun banyak yang telah dicapai dan kita akan senaraikan kejayaan-kejayaan ini tidak lama lagi,” katanya ketika pada sidang media petang tadi.

Jelas beliau lagi, banyak janji daripada manifesto telah diperbincangkan dengan lebih mendalam dimana ada diantaranya yang telah dilaksanakan dan ada yang tidak dapat dilaksanakan waktu ini.

Ini kerana katanya, kerajaan memerlukan pindaan pada perlembagaan dan ia memerlukan 2/3 undi dalam dewan.

“Kita belum ada 2/3 undi sebab itu, umpamanya kalau kita nak pendekkan tempoh Perdana Menteri kepada 2 penggal sahaja ataupun nak tentukan umur jadi turun pada 18 tahun untuk mengundi.

“Semua ini memerlukan pindaan dalam perlembagaan dan ini bermakna bahawa kita tidak dapat laksanakan pada tahun ini tanpa sokongan daripada parti lawan untuk mencukupi 2/3,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");