Panasnya Hari Ini

Saya Tidak Pernah Jadi Boneka DAP- Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad menganggap dakwaan yang menyatakan dirinya adalah boneka DAP hanyalah permainan persepsi yang cuba disuntik oleh pembangkang.

Jelasnya, sepanjang 9 bulan meneraju negara belum pernah lagi beliau menjadi boneka kepada mana-mana parti.

“Saya tidak pernah menjadi bonek DAP. Ini pihak pembangkang yang cuba cipta sentimen bahawa saya boneka.

“Mereka berkata itu dan ini namun saya dah berjumpa dengan ramai orang melayu dan mereka menyatakan keyakinan. Hanya BN yang cuba bermain dengan sentimen persepsi bahawa saya adalah boneka,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Harapan, petang tadi.

Dalam pada itu menurut Tun Mahathir, kekalahan PH di PRK Cameron Highland bukanlah sesuatu yang buruk berikutan peratusan undi parti itu meningkat.

Sebaliknya jelas beliau, peratusan undi BN menunjukkan kemerosotan walaupun parti itu menang.

“Kita dapati di Cameron Highland walaupun kita kalah tetapi undi bagi kita meningkat dan undi bagi parti BN berkurangan sebab mereka menang kita percaya adalah kerana adanya gabungan antara parti Islam PAS dan Parti Kafir UMNO.

“Ini mengikut PAS, bukan saya kata. Dulu Las kata Umno ni kafir tetapi sekarang islam dan kafir jalin kerjasama jadi dapatlah mereka skor memperoleh kemenangan bagi PRK Cameron Highland.

“Perlu kita ingat di masa hadapan bahawa parti islam Pas pernah bergabung dengan parti kafir Umno untuk dapat kemenangan di dunia,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, menurut beliau, PH telah bersetuju memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi p
Pilihanraya PH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");