Jenayah

Kebakaran Di Pusat Hiburan: 2 Maut, Seorang Kritikal

IPOH: Dua lelaki maut akibat sesak nafas manakala seorang kritikal dalam satu kebakaran yang berlaku di tingkat empat sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini awal pagi ini.

Memetik laporan Bernama, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata dalam kejadian itu, 10 mangsa warga tempatan berada di dalam premis terbabit dengan dua daripadanya maut, seorang kritikal, empat selamat manakala tiga lagi masih dikesan.

Beliau berkata dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 37 tahun itu disahkan maut oleh pegawai perubatan kerana sesak nafas manakala seorang lelaki berumur 39 tahun kritikal.

“Tiga lagi mangsa tidak dapat dikesan dan operasi mencari sedang dijalankan di dalam bangunan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati ada asap di dalam bangunan dan membawa mangsa turun dari bangunan itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");