Sukan Hari Ini

Liverpool Kembali Ke Puncak EPL

LIVERPOOL kembali melonjak ke puncak Liga Perdana Inggeris walaupun sekadar seri 0-0 menentang Manchester United di Manchester, malam tadi.

Pasukan kendalian Juergen Klopp itu kini mengumpul 66 mata daripada 27 perlawanan manakala pasukan tangga kedua Manchester City, yang bertemu Chelsea pada final Piala Liga sebentar lagi, meraih 65 mata daripada jumlah perlawanan sama.

Menurut Harian Metro, ketika satu mata itu bermakna Liverpool mempunyai peluang untuk menjulang kejuaraan – dengan berbaki 11 perlawanan – mereka pasti kecewa tidak mengambil kesempatan berdepan Manchester United yang dibelenggu kecederaan.

Sesudah kehilangan pemain tengah bertahan Nemanja Matic kerana kecederaan sebelum perlawanan, pemain tengah Sepanyol, Ander Herrera dikeluarkan pada minit ke-20 manakala Juan Mata digantikan oleh Jesse Lingard lima minit kemudian.

Namun Lingard gagal menamatkan aksi hingga babak pertama berakhir apabila dia dilihat mengalami kecederaan hamstring berulang dan terhincut-hincut sebelum digantikan Alexis Sanchez.

Selain tiga kecederaan United, Liverpool turut kehilangan penyerang dari Brazil, Roberto Firmino kerana kekejangan otot.

Selepas babak pertama yang hambar, kedua-dua pasukan gagal memperagakan kehebatan sebenar pada perlawanan yang sungguh mengecewakan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");