Berita Hari Ini

Petrol Turun 5sen, Diesel Kekal

Penurunan tersebut menjadikan harga jualan runcit RON95 pada paras RM1.93 seliter manakala RON97 dijual RM2.23 seliter.

Bagaimanapun tiada perubahan harga untuk diesel. Justeru ia akan kekal dijual pada harga RM2.18 bagi setiap satu liter.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penurunan harga runcit bagi petrol RON95 adalah kesan penurunan harga produk petroleum yang diproses (refined products) di pasaran dunia.

Katanya ia didorong oleh faktor peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global.

“Perbezaan kos yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk berkenaan, terutamanya dari China, selain peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global,” katanya.

Menurut Lim kerajaan PH kekal komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum dan pada masa yang melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.

“Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

“Bagaimanapun jika harga pasaran produk melebihi paras harga yang ditetapkan, kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");