Berita Hari Ini

Siasatan Isu Paparan Salib Besar Di Penang Diumum Lepas Raya Cina

Hasil siasatan terhadap isu paparan salib besar di sebuah pangsapuri di Jelutong, Pulau Pinang akan dijangka diumumkan minggu depan.

“Datuk bandar akan buat pengumuman selepas cuti tahun baru Cina,” kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkaitan siasatan Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPJ).

Chow berkata demikian di Komtar selepas ditanya berkaitan perkembangan siasatan itu.

Tahun baru Cina jatuh pada 5 Februari ini.

Ditanya kenapa ia tidak didedahkan sekarang, Datuk Bandar Yew Tung Seang yang turut hadir dalam sidang media itu enggan mengulasnya.

Jurucakap MBPP sebelum ini berkata pemaju telah diarahkan menyelesaikan isu itu sebelum pembinaan pangsapuri itu siap.

PAS mendakwa pemaju hartanah itu mempunyai agenda Kristianisasi.

Pemaju menafikannya dan menjejaskan pangsapuri itu apabila siap akan menunjukkan perkataan Cina bagi ong (nasib baik).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");