Sukan Hari Ini

Saya Akan Cuba – Chong Wei

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui akan berusaha sedaya upaya untuk turun beraksi di Terbuka Malaysia, April depan.

Chong Wei yang muncul juara sebanyak 12 kali dan juara bertahan Terbuka Malaysia bagaimanapun berkata, dia perlu mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawatnya di Taiwan terlebih dulu pada bulan depan sebelum memutuskan sama ada dapat beraksi di kejohanan itu atau sebaliknya.

Terbuka Malaysia adalah kejohanan pertama yang bakal disertainya selepas kali terakhir beraksi di kejohanan antarabangsa pada Terbuka Indonesia, Julai tahun lalu sebelum terpaksa berehat panjang apabila disahkan menghidap kanser hidung tahap awal.

“Saya akan cuba semampu yang boleh untuk turun beraksi. Tetapi saya ke Taiwan bulan depan untuk merujuk kepada doktor yang merawat saya.

“Jika keadaan diri saya baik, saya akan cuba untuk beraksi di kejohanan pertama iaitu Terbuka Malaysia,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), lapor Harian Metro hari ini.

Chong Wei bagaimanapun berkata, secara peribadi dia berasa sihat tetapi masih tidak dapat melakukan sesi latihan penuh.

“Hari ini saya habiskan masa kira-kira satu jam 15 minit di gelanggang sebelum ke gimnasium.

“Yang penting untuk saya adalah membina otot dan mendapatkan semula ‘mood’ beraksi di gelanggang.

“Dalam tempoh seminggu dua lagi mungkin saya boleh kembali menjalani latihan secara normal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");