Sukan Hari Ini

Dipenjara Kerana Serang Grealish

SEORANG peminat Birmingham City dipenjara 14 minggu semalam kerana menceroboh masuk ke tengah padang dan menumbuk pemain Aston Villa, Jack Grealish pada aksi Liga Kejuaraan, kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, Paul Mitchell, bekas pekerja pub berusia 27 tahun, mengaku bersalah di mahkamah majistret Birmingham terhadap pertuduhan menyerang dan menceroboh.

“Hukuman ini patut dijadikan sebagai denda dan pencegahan kepada yang lain serta memberi mesej kepada khalayak dan penyokong bahawa pemain seperti Grealish perlu dilindungi sepanjang masa,” kata majistret Alison Fisher.

Mitchell turut digantung selama 10 tahun daripada menghadiri perlawanan bola sepak di Britain dan diarahkan membayar £100 (RM536) kepada Grealish sebagai sebahagian daripada kos berjumlah £350 (RM1,876).

Mahkamah juga dimaklumkan keluarga Mitchell terpaksa meninggalkan Birmingham selepas menerima ancaman bunuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");