Membawang Hari Ini

Dua Wakil Malaysia Di Pentas Akhir Asia’s Got Talent

KUALA LUMPUR: Kumpulan vokal, ‘Nama’, dan ‘manusia kalkulator’, Yaashwin Sarawanan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi dua wakil Malaysia yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan realiti Asia’s Got Talent musim ketiga.

Nama, yang dianggotai empat orang gadis, Nur Fazrina Mohd Ani, 28; Nor Syamimi Makhetar, 24; Norfazira Malik, 24 dan Nur Farahida Dolhadi, 24 mara ke pentas akhir selepas menjadi pilihan juri (judges’ pick) hasil persembahan memukau di separuh akhir.

Memetik laporan Bernama, pemilihan Nama oleh barisan juri terdiri daripada pemenang anugerah Grammy, David Foster; penyanyi antarabangsa, Anggun dan bintang Korea-Amerika, Jay Park menyaksikan kumpulan yang ditubuhkan pada 2017 itu terus mara ke final tanpa perlu melalui proses undian penonton.

Sementara itu, Yaashwin, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) yang memukau penonton dengan kemahirannya menyelesaikan soalan matematik tanpa menggunakan bantuan kalkulator, mara ke final hasil undian penonton.

Nama & Yaashwin bakal berentap dengan tujuh lagi finalis di aksi final pada 4 April ini bagi merebut kejuaraan yang menawarkan ganjaran wang tunai US$100,000 (kira-kira RM407,000).

Saksikan secara langsung persembahan akhir dua wakil negara ini di saluran AXN, Astro 701, 4 April ini sebelum pemenang diumumkan pada 11 April, juga disiarkan di saluran yang sama.

Ayuh rakyat Malaysia! Undilah wakil dari negara kita di www.AXN-Asia.com/AGTVote.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");