Sukan Hari Ini

Gol Mane ‘Tidak Masuk Akal’ – Milner

MUNICH: Sadio Mane menampilkan skil ‘tidak masuk akal’ ketika meledak gol pertama Liverpool yang menewaskan Bayern Munich 3-1 dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi, kata rakan sepasukannya, James Milner.

Selepas menyambut baik bola hantaran jauh Virgil van Dijk dengan kawalan yang menakjubkan, Mane kemudian bijak memperdaya Rafinha dan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sebelum melakukan kuisan tinggi yang gagal dihalang Mats Hummels dan Niklas Suele untuk memecah kebuntuan.

Pemain antarabangsa Senegal itu turut menjaringkan gol ketiga Liverpool menerusi tandukan yang menjadi gol ke-19 miliknya dalam semua kejohanan buat Reds musim ini.

“Sadio sedang membara. Gol yang pertama benar-benar tidak masuk akal, bagaimana dia menamatkannya, ketenangan dan juga penyudah,” kata Milner. “Harapnya ia akan berterusan sepanjang musim.”

Ketika penyerang utama Mohamed Salah tampak bergelut untuk mengulangi prestasinya di depan gawang seperti musim lalu, persembahan yang ditampilkan Mane tampil sebagai penyelamat.

Kemenangan di gelanggang Bayern, Allianz Arena menyaksikan Liverpool menyertai Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur bagi aksi di suku akhir, kali pertama sejak 2009 di mana empat kelab Inggeris mara ke pusingan lapan terbaik.

“Saya fikir ia persembahan yang baik di gelanggang lawan di pentas Eropah melawan pasukan yang baik,” kata Milner. “Ia tidak mudah, mereka sudah biasa berada di puncak. Kami tidak menampilkan persembahan terbaik tetapi apa yang utama adalah keputusan.

“Kami bertahan dengan baik, tidak memberikan mereka banyak ruang dan tiga pemain di bahagian depan (Mane, Salah dan Roberto Firmino) sekali lagi beraksi dengan cemerlang.” – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");