Berita Hari Ini

Himpunan Solidariti: ‘New Zealand minta maaf’

KUALA LUMPUR- “New Zealand berasa sangat sedih.“ Itu ucapan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage dalam Bahasa Melayu yang membuatkan peserta Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini bertambah sayu.

Nottage yang mewakili kerajaan New Zealand kemudian menyambung ucapan dalam Bahasa Inggeris memohon maaf atas tragedi yang berlaku di Christchurch hingga mengorbankan nyawa seorang rakyat Malaysia.

Nottage memberi ucapan selama tiga minit di perhimpunan solidariti di Dataran Merdeka, hari ini dan berterima kasih atas sokongan diberikan rakyat Malaysia.

“Saya mewakili kerajaan New Zealand memohon maaf kepada keluarga yang dalam kesedihan termasuk rakyat Malaysia yang turut sama terjejas. Kami juga merasai penderitaan mereka, jadi kami minta maaf.

“Saya menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Aden dan seluruh rakyat New Zealand atas solidariti yang ditunjukkan,” katanya.

Katanya, beliau menghargai usaha Malaysia menganjurkan perhimpunan solidariti itu yang dihadiri rakyat, anggota kabinet dan ketua pelbagai agama di negara ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski menegaskan tindakan pengganas warga Australia menembak mati dan mencederakan umat Islam di Christchurch adalah tindakan mahu memecah-belahkan masyarakat dunia.

“Saya ingin betul untuk katakan pengganas tiada agama dan tiada kewarganegaraan.

“Tetapi betul juga untuk mengatakan dalam kes ini (tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand) adalah perbuatan pengganas dari Australia yang menjadi pembunuh. Terima kasih kerana sanggup berhimpun pada hari ini menunjukkan solidariti kita (menolak keganasan),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");