Berita Hari Ini

Kereta Terbang Dalam Semakan NAP Untuk Tujuan Perancangan – Menteri

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming hari ini menjelaskan rujukan kepada “kenderaan terbang” dalam dokumen kajian Dasar Kebangsaan Automotif (NAP) bertujuan mengundang perbincangan mengenai piawaian dan peraturan sekiranya industri automotif negara mahu menggunakan teknologi sedemikian pada masa hadapan.

Beliau menegaskan bahawa ini tidak ada kaitan dengan projek kereta kebangsaan ketiga ataupun ia akan menjadi kereta terbang.

Ong mengulas ciapan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang menghantar dokumen semakan itu di Twitter dan bertanya “Serius ke?” Ong menganggap ciapan Twitter Khairy itu sebagai “nakal”.

“Slaid yang ditunjukkan oleh MP Rembau itu adalah di bawah tajuk kecil pembangunan teknologi dan dalam konteks menetapkan standard dan spesifikasi untuk pelbagai jenis kenderaan termasuk Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), kenderaan komersial, motosikal canggih dan / atau kenderaan elektrik,” Ong pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, lapor MalaysiaKini.

Beliau turut menjelaskan suntikan dana sebanyak RM8 juta yang telah disalurkan untuk projek kereta nasional ketiga bukan untuk menghasilkan prototaip kereta terbang.

Malah Ong berkata, tidak disebut mengenai kereta terbang dalam projek kereta nasional berdasarkan dasar automotif yang dikaji.

“Saya raya perkara ini sesuatu yang perlu diperjelaskan. Ia (RM8 juta) digunakan untuk pembangunan prototaip.

“Sepanjang pengetahuan saya, prototaip tersebut tidak membabitkan kereta terbang,” katanya.

Pada Januari lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof mengumumkan peruntukan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip projek kereta nasional ketiga.

Komitmen Mohd Redzuan terhadap kereta terbang membuatkan ramai pihak menganggap projek kereta nasional itu adalah bagi menghasilkan kereta terbang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");