Perak Hari Ini

Proton Saga Menanti Warga Ipoh Yang Bertuah

IPOH: Nilai pembayaran cukai taksiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) setakat ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Setiausaha MBI, Mohd. Zakuan Zakaria berkata pada tahun ini jumlah pembayaran lebihan adalah sebanyak RM31.9 juta yang melibatkan 129,702 bil.

Atas sebab itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sekali lagi mengadakan program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran bagi tahun 2019, pagi tadi di perkarangan Bangunan MBI.

Ia disempurnakan Mohd. Zakuan; Pengarah Kanan Pentadbiran dan Kewangan MBI, Saidatul Akma Jamaluddin, Pengarah Kanan Perancangan & Pembangunan MBI, Zulqarnain Mohamad; Pengarah Kewangan Bandaraya, Mohd Syazlan Isa Suffian serta wakil-wakil media tempatan.

Dalam acara tersebut, sebanyak 230 cabutan telah dibuat yang mana 200 kupon bakal memenangi hadiah saguhati manakala 30 yang lain akan memenangi hadiah utama.

“Pembayar yang membuat bayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Saga.

“Selain dari itu, MBI juga menawarkan pelbagai lagi hadiah menarik yang berupa motosikal, telefon pintar, basikal, barangan elektrik serta hadiah saguhati yang lain.

“Cenderahati yang disediakan adalah dari peruntukan kewangan MBI yang dianggarkan berjumlah RM 86,000,” kata Mohd. Zakuan.

Menurutnya, kesemua hadiah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih MBI kepada pembayar cukai yang tidak culas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tambahnya lagi, pada tahun ini MBI turut memberi ruang kepada mana-mana individu yang melunaskan pembayaran cukai taksiran menerusi perbankan Internet.

Jelasnya untuk menyertai, mereka perlu mencetak slip cabutan bertuah terlebih dahulu di mana-mana kaunter pembayaran MBI bagi menyertai acara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");