Berita Hari Ini

PH Terpaksa Cuci Hutang Najib

Isu hutang negara, memang menjadi topik hangat setelah PH menerajui tampuk kepimpinan negara selepas ekonomi dihancusskan oleh Najib Razak.

Wujud dakwaan yang menyatakan bahawa hutang Kerajaan dijangka meningkat sebanyak RM164 bilion pada tahun 2019. Sejauh mana kebenaranya?

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa sumbangan daripada PETRONAS yang berjumlah RM82 bilion bukanlah dalam bentuk pinjaman.

Sebaliknya ia merupakan hasil Kerajaan daripada sumber petroleum Negara yang terdiri daripada cukai minyak, royalti, dividen dan sebagainya.

“Ini merupakan hasil yang diperoleh Kerajaan setiap tahun yang sebelum ini pernah mencecah sehingga RM70 bilion pada tahun 2012.

“Namun begitu, hasil petroleum yang lebih tinggi pada tahun 2019 juga termasuk hasil daripada Dividen khas PETRONAS berjumlah RM30 bilion.

“Ini adalah pendapatan khas sekali sahaja (one-off) pada tahun 2019 yang sebahagian besarnya diperuntukkan untuk membayar balik pulangan cukai tertunggak oleh Kerajaan terdahulu kepada rakyat dan perniagaan berjumlah sehingga RM37 bilion.

Hakikat sebenarnya, hutang Kerajaan yang semakin meningkat ini sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama. Bukan zaman PH tetibe hutang melambong-lambong.

Pada tahun 2004, hutang Negara berjumlah hanya sebanyak RM216 bilion, dan telah meningkat hampir empat kali ganda sehingga mencecah RM741 bilion pada tahun 2018.

Jangan ingat Najib itu dewa suci sangat. Masa zaman BN dulu, diorang wujudkan berbagai-bagai Syarikat Tujuan Khas (SPV). Dan lagi teruk, syarikat SPV ni telah meminjam di bawah jaminan Kerajaan.

Akibatnya, hutang jaminan Kerajaan telah meningkat dengan amat mendadak, iaitu sebanyak RM154 bilion hanya dalam tempoh 10 tahun dari 2009 ke 2018.

Dan sekarang, setelah hutang bertingkek-tingkek yang dibuat zaman Najib, syarikat-syarikat SPV ini tidak mampu untuk membayar hutang hutang ini. Tapi dalam masa yang sama menerima dana daripada Kerajaan.

Apa yang kerajaan PH terpaksa tanggung sekarang adalah, kena settlekan hutang-hutang yang dibuat masa zaman Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");