Perak Hari Ini

Singkatkan Ejaan: Gimik Semata-Mata

IPOH- Tindakan pihak Lembaga Air Perak (LAP) yang menggunakan singkatan ejaan pada banting program dilihat mengundang kontroversi semasa Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2019 hari ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pengurus Besar LAP, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa berkata, kesalahan ejaan yang dilihat pada banting tersebut bukanlah satu kesalahan yang tidak disengajakan tetapi adalah sebagai gimik semata-mata.

“Berikut bukanlah satu kesalahan pada ejaan tetapi bertujuan untuk mengikuti tren netizan pada masa kini malahan, generasi muda kini juga dilihat lebih gemar menggunakan bahasa singkatan seperti gaya sedemikian,’” katanya.

Tambah beliau, cara tersebut dilihat lebih menarik minat generasi kini.

Berikutan itu, majlis yang dilaksanakan adalah satu majlis formal yang melibatkan badan kerajaan namun kesalahan atau gimik seumpama itu tidak seharusnya digunakan secara rawak.

Dalam pada itu, sambutan Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1993 bertujuan meningkatkan kesedaran dan membaharui tekad semua lapisan masyarakat dunia untuk menangani isu-isu berkaitan air melalui pelan strategik dan pelaksanaan tindakan oleh setiap negara di seluruh dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");