Jenayah

Suspek Dikehendaki Polis Maut Ditembak

SEORANG lelaki yang dikehendaki polis maut ditembak di kawasan berhampiran kebun kelapa sawit dekat Jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki berusia 20-an terbabit yang memandu Proton Waja pada mulanya cuba melarikan diri selepas terserempak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, semalam, suspek sama turut melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian di Machang Bubuk, Bukit Mertajam.

Katanya, ketika itu dia sempat melarikan diri namun, tidak lama apabila terserempak sepasukan anggota di tengah jalan, awal pagi tadi.

“Suspek cuba memecut keretanya tetapi dia masuk ke jalan mati dalam kebun kelapa sawit.

“Ketika itu, suspek keluar dari keretanya dan terus melepaskan beberapa tembakan ke arah polis,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, lapor Harian Metro.

Zainol berkata, polis kemudian terpaksa membalas tembakan yang terkena badan suspek dan dia meninggal dunia di lokasi.

“Pemeriksaan mendapati suspek memiliki 17 rekod jenayah dan 11 rekod dadah serta kenderaan digunakannya juga adalah kereta curi.

“Kita turut merampas pistol semi automatik dan tujuh butir peluru hidup yang ditemui berhampiran suspek,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");