Perak Hari Ini

Tetap Akan Beri Perkhidmatan Kepada Rakyat -MB

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa beliau akan memberu fokus soal rakyat dan tidak akan melayan perkara yang remeh.

Jelasnya, video viral yang memaparkan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tambun, Jaafar Uthman yang memaki hamun beliau hanyalah perkara remeh dan tidak perlu dikecohkan.

“Saya juga boleh membuat video sedemikian tetapi perkara tersebut tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan saya faham tentang perkara yang pihak beliau cuba sampaikan.

“Saya juga faham tentang kemarahan beliau dan dari mana puncanya,” katanya dalam satu sidang media selepas menyaksikan satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Tourism Perak dengan Perak Transit Berhad di Bangunan Perak darul Ridzaun, di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, sebenarnya masalah tersebut sedang diambil perhatian oleh pihak kerajaan negeri dan pejabatnya juga sedang mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah tersebut bagaimanapun ianya telah diviralkan melalui media sosial.

Ulas beliau lagi, sebelum video tersebut viral sebenarnya telah ada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan negeri, malah kerajaan negeri juga sedang cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau mengulas mengenai rakaman video Jaafar yang memakinya baru-baru ini kerana tidak dapat berjumpa dengannya untuk mengadukan masalah rakyat.

Masalah melibatkan 200 ejen jualan tiket di Terminal Amanjaya yang bakal kehilangan punca pendapatan ekoran Pelaksanaan Sistem Jualan Tiket Berpusat (CTS) di terminal bas tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");