Berita Hari Ini

Ada Cubaan Lagakan Istana Dengan Kerajaan Persekutuan – PM

SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan terdapat beberapa cubaan untuk melaga-lagakan Kerajaan Persekutuan dengan pihak Istana.

Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri berkata, tindakan itu hanya mahu mencetuskan suasana ‘tidak senang’ antara Istana dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, antara isu yang dibangkitkan bagi menimbulkan suasana tidak senang antara Istana dengan kerajaan Persekutuan berkisar ratifikasi Statut Rom.

“Ada banyak cubaan sekarang untuk membuatkan pihak Istana tidak gembira dengan kerajaan (Persekutuan).

“Mereka membangkitkan isu seperti Statut Rom dan beberapa isu berkaitan.

“Mereka tidak akan berjaya (mengeruhkan hubungan Istana dengan Kerajaan Persekutuan). Melainkan jika anda mahu gugurkan demokrasi dan menjadi kleptokrasi atau anda pun boleh jadi autokrasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang dilaporkan berkata, kerajaan yang dipilih rakyat harus dipertahankan daripada ‘daulah terpendam’ yang ingin menjatuhkannya melalui cara tidak demokratik.

Istilah daulah terpendam atau deep state merujuk kepada negara dalam negara yang memiliki agenda di luar kerangka politik nasional.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengesahkan kerajaan sudah mempunyai calon bagi menggantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, yang akan bersara esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");