Panasnya Hari Ini

UMNO Johor Sila Diam – Mahathir

SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak UMNO Johor supaya diam kerana mereka tiada hak untuk menamakan calon Menteri Besar Johor bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Osman Sapian, yang meletak jawatan.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan parti yang menang saja bertanggungjawab untuk menentukan atau mencadangkan nama calon Menteri Besar Johor yang baharu.

“Adalah parti yang menang (pilihan raya) menamakan calon Menteri Besar Johor dan bukannya ‘loser’ (parti yang kalah).

“The loser keep quite (yang kalah sila diam),” katanya kepada pemberita selepas selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan UMNO Johor supaya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu.

Mengulas lanjut cadangan itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) berkata, Muhyiddin tidak sesuai sebagai Menteri Besar Johor kerana beliau ada tugas yang lain.

“Muhyiddin ada kerja lain. Kita pun sudah namakan calon (Menteri Besar Johor),” katanya.

Ketika ini, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gambir dan Ahli Parlimen Pagoh menggalas tugas sebagai Menteri Dalam Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");