Panasnya Hari Ini

Adun Bukit Kepong Dijangka Jadi MB Johor

PETALING JAYA: Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal dari PPBM dijangka dinamakan sebagai menteri besar Johor susulan peletakan jawatan Osman Sapian semalam.

Dua sumber peringkat tertinggi dalam PPBM berkata Sahruddin, 43 mendahului pilihan-pilihan lain untuk jawatanitu kerana beliau dilihat pilihan paling berwibawa.

Lepasan Universiti Hasanuddin di Indonesia itu adalah exco kesihatan, alam sekitar dan pertanian.

Beliau menewaskan calon Umno, Mohd Noor Taib dan calon PAS, Mohamad Nur Iqbal Abd Razak di DUN Bukit Kepong pada pilihan raya umum 9 Mei lepas dengan majoriti tipis.

Seorang lagi berpeluang untuk jawatan menteri besar adalah Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Mazlan adalah exco kerja raya, prasarana dan pengangkutan.

Penganalisis di Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff berkata Sahruddin paling berpeluang memandangkan usianya, namanya yang terkenal dan reputasi nya sebagai seorang pemimpin yang boleh dipercayai.

“Apa yang paling penting adalah dia memainkan peranan sebagai penghubung Putrajaya dengan istana Johor,” katanya.

“Nyata sekali, Pakatan Harapan bertindak atas ketidakpuasan hati di Johor terhadap prestasi dan kelayakan Osman.”

Walaupun Kamarul percaya pelbagai pihak tidak berpuas hati dengan Osman, berkata berkata keputusan muktamad terletak di tangan perdana menteri dan pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

“Mahathir cenderung memberikan masa, tetapi apabila dia hilang sabar, dia biasanya bertindak pantas.

“Kita mungkin akan lihat tindakan diambil terhadap beberapa anggota jemaah menteri yang menunjukkan prestasi tidak baik,” katanya.

Mahathir hari ini mengumummkan Osman meletakkan jawatan semalam.

Ketiadaan Osman dalam kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lee Hisen Loong hari ini menyemarakkan spekulasi mengenai penyingkirannya.

Mahathir berkata seorang pemangku akan dinamakan tidak lama lagi.

PH mempunyai majoriti 2/3 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu sebanyak 39 kerusi berbanding 16 kerusi BN dan 1 kerusi PAS.

Daripada 39 kerusi PH, DAP memegang 14 kerusi, diikuti PPBM (11), Amanah (9) dan PKR (5) lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");