Berita Hari Ini

Bakar Motosikal Adik, Buruh Dipenjara

KOTA BHARU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membakar motosikal adiknya, 14 April lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Supardi Samah, 39, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 15 April lalu dan tertuduh turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, buruh berkenaan didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api dengan niat hendak atau diketahui kemungkinan akan menyebabkan kerosakan harta benda iaitu sebuah motosikal jenis SYM warna putih dan biru nombor pendaftaran DCM 1871 bernilai RM3,000.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Belanga, Kuala Krai dekat sini, kira-kira 10 pagi pada 14 April 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, terdahulu memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya manakala Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadapnya dan orang ramai.

Mengikut fakta kes, tertuduh meminta wang RM50 daripada ibunya, Mek Mas Awang Long, 71, namun warga emas berkenaan tidak mempunyai wang.

Tertuduh kemudian mengambil tukul besi dan mengetuk beberapa bahagian motosikal milik adiknya yang terletak di hadapan rumah sebelum ditegah oleh ibunya.

Wanita itu kemudian menolak motosikal itu ke belakang rumah sebelum dia terhidu bau getah terbakar dan mendapati motosikal itu dibakar tertuduh.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");