Perak Hari Ini

Jangan Guna Dewan Untuk Tujuan Politik- MB Perak

Ipoh- Penggunaan premis kerajaan seperti dewan adalah dilarang untuk kegunaan sebarang aktiviti politik baik daripada pihak parti kerajaan ataupun pembangkang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sememangnya semua premis kerajaan seperti dewan adalah untuk kegunaan orang ramai dan semua rakyat akan tetapi ia dilarang untuk semua aktiviti politik dilakukan di sana.

“Saya mengakui, ada sesetengah pihak pembangkang mahupun kerajaan yang tidak mementing nilai-nilai murni di negeri ini, kadang-kadang bila premis itu dibenarkan, mereka telah menyalahgunakannya.

“Kerajaan telah menetapkan syarat bahawa premis-premis kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan politik dan ini sangat jelas untuk semua parti, ia termasuk parti kerajaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Sidang DUN Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, Jamilah Zakaria (BN-Trong) membuat pencelahan dengan mendakwa bahawa pihaknya telah dilarang daripada menggunakan dewan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi program kesihatan.

Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang menjawab tujuan sebegitu sememangnya baik namun sekali lagi beliau menegaskan sebarang program menggunakan premis kerajaan bagi tujuan politik adalah dilarang.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal juga menyeru kepada pihak yang ingin menggunakan premis kerajaan supaya menggunakannya dengan tujuan yang baik tanpa menaikkan logo, bendera parti serta isu isu yang menghentam kerajaan dalam aktiviti yang dilakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");