Membawang Hari Ini

Bertunang: Zahirah, Aiman Tunggu Lampu Hijau Keluarga

KUALA LUMPUR: Pelakon Zahirah Macwilson berhasrat membawa kekasihnya, Aiman Hakim Ridza bertemu keluarganya di Perth, Australia pada Ramadan ini.

Zahirah, 24, berkata, selain mengenali keluarganya dengan lebih rapat, mereka juga bercadang untuk melangkah ke fasa lebih serius apabila segala urusan berkaitan kerjaya seni selesai.

“Setakat ini, kami belum duduk berbincang mengenai perancangan itu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja. Insya-Allah, pada Ramadan nanti, Aiman akan mengikut saya ke Perth untuk berkenalan lebih dekat dengan keluarga saya.

“Selesai penggambaran, baru kami akan mengadakan perbincangan dan insya-Allah, jika mendapat restu kedua-dua keluarga, kami mahu bertunang,” katanya.

Gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu juga mengakui, selepas lima bulan, dia semakin selesa berdampingan jejaka tinggi lampai yang dicungkil bakat menerusi program, Mentor musim kelima.

Baginya, Aiman, 30, sangat profesional, sama ada dalam hubungan peribadi mahupun kerjaya dan tidak cemburu buta.

“Dia sangat rasional dan tidak suka mengongkong. Ramai sebenarnya yang agak skeptikal terhadap hubungan kami dan menyangka kami jenis pasangan yang suka mempamerkan kemesraan di set penggambaran.

“Secara jujur, kami bukan jenis pasangan yang asyik nak ‘berkepit’ hingga membuatkan orang di sekeliling meluat dan tidak selesa. Di set penggambaran, kami lebih kepada rakan sekerja dan bukan kekasih.

“Kami berlagak seperti biasa kerana itu lebih profesional. Tetapi, tidak sehingga langsung tidak bertegur sapa,” kata pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Jangan Benci Cintaku itu.

Tidak pernah berahsia mengenai hubungan mereka, Zahirah berkata, dia juga tidak kisah apabila segelintir peminat seperti kurang selesa selepas mengetahui dia dan Aiman sedang bercinta.

“Itu perkara biasa kerana kadang-kadang, peminat terbawa-bawa dengan drama yang mereka tonton. Kalau boleh, mereka mahu saya bercinta dengan Syafiq Kyle gara-gara terpengaruh dengan lakonan kami dalam Tak Ada Cinta Sepertimu.

“Begitu juga dengan peminat Aiman yang mahu melihat dia bercinta dengan pelakon wanita lain yang pernah bergandingan dengannya. Kami tidak ambil hati dengan kata-kata sebegitu,” kata Zahirah ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 di Shah Alam, baru-baru ini, memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");