Panasnya Hari Ini

BN Teliti Sama Ada Sertai PRK Sandakan

REMBAU – Barisan Nasional (BN) belum memutuskan sama ada akan meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sandakan pada 11 Mei depan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat bagi membincangkan perkara itu akan dibuat secepat mungkin kerana penamaan calon pada 27 April ini.

“Kita akan berunding dalam minggu ini kerana selama ini BN diwakili parti komponen LDP (Parti Liberal Demokratik). LDP sudah tidak lagi berada dalam BN.

“Kita akan teliti kemungkinan BN meletakkan calon atau tidak dalam PRK tersebut,” katanya pada sidang media selepas bertemu dengan orang ramai di Pasar Rantau di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Mohamad mencatatkan kemenangan besar dengan majoriti 4,510 undi dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam.

PRK Parlimen Sandakan pula diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini memaklumkan UMNO tidak akan meletakkan calon dalam PRK Parlimen Sandakan.

Bagaimanapun, katanya, BN bersedia membantu calon dari blok pembangkang termasuk Pas yang bercadang bertanding dalam PRK tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");