Membawang Hari Ini

‘Doakan Jika Mahu Saya Berubah, Bukan Kecam’

SHAH ALAM: Pelakon Emma Maembong yang baru-baru ini telah menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah,  memohon orang ramai supaya memberinya ruang untuk memperbaiki diri.

Emma, 27, percaya bahawa peminatnya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihatnya berubah, namun dirinya masih belum berupaya memenuhi permintaan mereka.

“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik.

“Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

“Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan  kepada saya dan sebarkan aura positif antara satu sama lain,” katanya.

Emma yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 anjuran kelab peminatnya, The Nizers berkata, dia bersyukur hasratnya untuk ke Tanah Suci Makkah menjadi kenyataan.

Ditemani bapa dan kakaknya, pelakon Kimchi Untuk Awak itu berjaya menunaikan impiannya yang telah disimpan hampir empat tahun.

“Alhamdulillah, selepas empat tahun, segala perancangan saya ke Tanah Suci Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya dan bimbang jika belum bersedia, namun saya tetapkan juga hati ke sana,” katanya.

Emma berkata, hatinya menjadi sebak apabila melihat kesungguhan insan yang tidak berdaya, namun bersungguh-sungguh berusaha mencari keredaan Ilahi di sana.

“Saya berharap, mereka yang berkemampuan dan mempunyai kudrat supaya tidak menangguhkan hasrat ke Tanah Suci. Selagi diberikan Allah tubuh badan yang kuat dan sihat, jangan lepaskan peluang itu.

“Saya ada mendengar pengalaman rakan yang diuji ketika di sana. Saya hanya berdoa dan memohon kepada Allah supaya segala urusan dipermudahkan.

“Saya turut berdoa supaya ayah diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menyempurnakan semua tuntutan di sana,” katanya yang turut berpeluang meraikan hari ulang tahun kelahirannya di Tanah Suci lapor BHarian.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");