Sukan Hari Ini

Hamidin Tarik Diri Bertanding Jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Sekalipun mendapat pencalonan, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin membuat keputusan tidak bertanding bagi jawatan Naib Presiden Zon ASEAN pada Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-29, Sabtu ini.

Hamidin yang dipilih sebagai Presiden FAM pada Julai tahun lalu, sebaliknya akan berusaha merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal 2019-2023.

Justeru, dalam usaha mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan negara ASEAN, Hamidin memutuskan untuk memberi sokongan padu kepada Presiden Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF), Zaw Zaw.

Dia turut melahirkan keyakinan betapa Zaw Zaw yang juga Naib Presiden Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memiliki ciri-ciri dan ketokohan sebagai pemimpin tertinggi AFC.

“Saya menghormati dan memandang tinggi Zaw Zaw. Selepas melakukan semua pertimbangan, saya memutuskan untuk tarik diri dari bertanding jawatan naib presiden walaupun mendapat percalonan ahli gabungan dan memilih untuk bertanding merebut kerusi Exco selepas mendapat sokongan.

“Apa yang menjadi keutamaan adalah jalinan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan persatuan anggota AFF,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, turut bertanding untuk jawatan Naib Presiden zon ASEAN ialah Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Dr Tran Quoc Tuan yang juga dicalonkan bagi jawatan Exco.

Sebagai rekod, pemilihan berlangsung Sabtu ini menyaksikan jawatan Presiden AFC kekal menjadi milik penyandang, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa yang dipilih semula tanpa bertanding.

Selain itu, kongres berkenaan turut membabitkan pemilihan lima Naib Presiden AFC dan enam Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) serta lima anggota jawatankuasa eksekutif wanita AFC dan sembilan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC memetik laporan BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");