Perak Hari Ini

Hebahan Penutupan Jalan Sempena LTdL

IPOH- Bersempena dengan perlumbaan berbasikal terbesar Malaysia Le Tour De Langkawi 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 13 April ini, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Perak ingin memaklumkan penutupan dan lencongan jalan semasa perlumbaan tersebut berlangsung.

Bagi negeri Perak, dimaklumkan bahawa perlumbaan berbasikal ini akan bermula di Stadium Proton City Muallim dan berakhir di Dataran Warisan Taiping pada 10 April 2019 yang melibatkan daerah Muallim, Tapah, Kampar, Ipoh, Sg Siput, Kuala Kangsar dan Taiping dengan jarak perlumbaan sejauh 206.5 km.

Penutupan jalan di negeri Perak adalah pada hari Rabu. Lencongan serta penutupan jalan adalah seperti berikut:

1) DAERAH MUALLIM
Bermula di Stadium Proton dan simpang-simpang yang terlibat dengan laluan dari Jalan Proton City – Behrang Ulu – Jalan Persekutuan Ipoh – Kuala Lumpur bermula di km 115 hingga ke km 88 (arah utara) sempadan tapah akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai jam 11 pagi hingga jam 1 petang

Persimpangan utama / kawasan pekan yang terlibat adalah:-
Lampu Isyarat Proton
Sepanjang Jalan Proton City – Behrang Ulu
Lampu Isyarat Behrang (AES)
Lampu Isyarat Politeknik Sultan Azlan Shah
Kawasan Tol Lama Slim River
Kawasan Pekan Slim River
Lampu Isyarat Bomba Slim River
Kawasan Bandar Baru Slim River
Lampu Isyarat Tol Slim River
Sepanjang Kawasan Trolak

Panduan Tambahan: Kenderaan dari ipoh menghala ke Kuala Lumpur akan dilencongkan masuk ke Lebuh Raya (U/S) melalui Tol Slim River. Kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh akan dilencongkan masuk ke Lebuh Raya (U/S) melalui Tol Behrang

2) DAERAH TAPAH
Kawasan sungkai:-
SJK(T) Ladang Sungkai – Taman Bakti – Simpang Jalan Lama Pekan Sungkai – Lampu Isyarat Plaza Tol Sungkai – Lampu Isyarat Pekan Sungkai – Lampu Isyarat Taman Sungkai Perdana – Kampung Bikam Sungkai

Kawasan Bidor:-
Lampu Isyarat Pekan Pasir Bidor – Lampu Isyarat Kawasan Industri Bidor – Taman Bidor Jaya – Taman Bidor Mewah / Taman Gemilang Bidor – Taman Aman / Murtabak Corner Bidor – Taman Pun Chun – Lampu Isyarat Pekan Bidor – Lampu Isyarat Public Bank Bidor – Lampu Isyarat Jalan Bidor / Teluk Intan – Kem PGA Bidor

Kawasan Tapah / Chenderiang / Temoh :-
Bukit Pagar – Kolej Komuniti Tapah – IPD Tapah – Lampu Isyarat Bukit Baldwin – Lampu Isyarat SK Satu – Taman Melati / Jalan Chenderiang Lama – Taman Bukit Indah – Lampu Isyarat Pasar Awam Tapah – Simpang Chenderiang / Capati Corner – Lampu Isyarat Kampung Banir / Dataran Amanjaya Temoh – Pekan Temoh – Lampu Isyarat Pekan Temoh – Refarm

Lencongan
Semua kenderaan dari Sungkai / Bidor yang ingin menghala ke Pekan Tapah anda dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan
Kenderaan dari Sungkai yang ingin menghala ke Teluk Intan / Lumut / Lumut / Manjung anda dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui jalan lama Pekan Sungkai – Kuala Bikam Bidor.
Kenderaan dari arah Bidor yang ingin menghala ke Pekan Tapah,anda dinasihatkan menggunakan jalan simpang JPJ & melalui Jalan Damai Tapah sehingga ke Pekan Tapah.

3) DAERAH KAMPAR
Simpang-simpang yang terlibat dengan laluan adalah sepanjang Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dari sempadan Tapah (km 41) hingga ke sempadan Ipoh di Simpang Sindhu (km 14) akan ditutup sepenuhnya secara perperingkat kepada semua kenderaan mulai jam 1.30 petang hingga jam 2.30 petang.

Persimpangan utama / kawasan perumahan yang terlibat adalah:-

Simpang Jalan Degong
Simpang Tmn Ros
Simpang Ipd Kampar
Simpang-Simpang Pekan Lama Kampar
Simpang Smk Pui Yuen
Simpang Bandar Baru
Simpang Tmn Kampar Jaya
Simpang Giant
Simpang Sahom
Simpang Kg Dipang
Simpang Pekan Jeram
Simpang Tol Gopeng
Simpang Lawan Kuda
Simpang Shell Gopeng
Simpang Bomba Gopeng
Simpang-Simpang Pekan Gopeng
Simpang Kemas Gopeng
Simpang Rtc Gopeng
Simpang Puspakom Gopeng

Panduan Tambahan: Kenderaan dari Pekan Lama Kampar yang ingin ke Bandar Baru Kampar boleh melalui jalan Bukit Pekan Kampar. Kenderaan dari Pekan Kampar ingin Ke Malim Nawar boleh melalui jalan Kota Baru-Malim Nawar.

4) DAERAH IPOH
Simpang-simpang yang terlibat dengan laluan dari sempadan Kampar – Simpang Sindhu (Taman Herba) hingga sempadan Khantan Baru (Kilang Larfarge) – Sungai Siput akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai jam 1 petang hingga jam 3 petang.

Persimpangan Utama / Kawasan Perumahan Yang Terlibat Adalah:

Kawasan Simpang Pulai
Sepanjang Jalan Sultan Nazrin Shah
Kawasan Sekitar Gunung Rapat
Medan Gopeng
Lampu Isyarat Flyover Medan Gopeng
Tiger Lane
Sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah
Lampu Isyarat Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Kuala Kangsar
Kampung Tasek
Igb Industry
Perumahan Kawasan Klebang
Pekan Chemor
Sepanjang Jalan Kuala Kangsar
Kilang Larfarge (Sempadan Ipoh / Sg. Siput)

Panduan Tambahan: Kenderaan dari Pusat Bandar yang ingin ke Simpang Pulai melalui Jalan Sultan Nazrin Shah di lencongkan Ke Jalan Permaisuri Bainun – Jalan Pasir Putih – Jalan Cangkat Larang. Kenderaan yang Melalui Jalan Sultan Azlan Shah akan di lencongkan masuk Ke Jalan Raja Musa Mahadi – Kampung Rapat atau masuk Ke Jalan Raja Dihilir untuk masuk Ke Pusat Bandar. Kenderaan yang Melalui Jalan Kuala Kangsar yang ingin ke Chemor dilencongkan masuk ke Lebuhraya U/S – Jalan Jelapang Chemor.

5) DAERAH SUNGAI SIPUT (U)
Simpang-simpang yang terlibat dengan laluan dari sempadan Ipoh ( Ladang Dovernby)– hingga sempadan (Jambatan Iskandar) –Kuala Kangsar akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai jam 1 petang hingga jam 4 petang.

Persimpangan utama / kawasan perumahan / lampu isyarat yang terlibat adalah:

Lampu Isyarat Info Ternak
Lampu Isyarat Rimba Panjang
Lampu Isyarat Taman Kledang
Lampu Isyarat Jalan Indsutri
Lampu Isyarat Taman Tun
Lampu Isyarat Sentosa
Lampu Isyarat Taman Heawood
Lampu Isyarat Kg Bahagia
Lampu Isyarat Jalan Lintang
Lampu Isyarat Sg Buloh
Lampu Isyarat Taman Makmur

Simpang Bhp
Simpang Rpa Rimba Panjang
Simpang Klinik Rimba Panjang
Susur Rimba Panjang
Susur Restaurent Rimba Panjang
Simpang Petronas
Simpang Kedai Cat Kcc
Simpang Kubur India
Simpang Chee Heng Tayar
Simpang Klinik Azahar
Simpang Sk Ssu
Simpang Shell
Simpang Abc Sheikh
Simpang Bhp Pekan
Simpang Taman Aman
Simpang Ipd Ssu
Simpang Bomba
Simpang Kfc
Simpang Gereja
Simpang The Store
Simpang 7e
Simpang Bola Keranjang
Simpang Jejantas Sg Buloh
Simpang Masjid India
Simpang Al Rah Nu
Simpang Sime Darby
Simpang Hospital
Simpang Padang Tembak Kamuning
Simpang Taman Ss2
Simpang Jambatan Salak
Simpang Salak Station
Simpang Kilang Papan
Simpang Rpa Salak
Simpang Taman Delima
Simpang Nasi Kandar Rahman
Simpang Balai Salak
Simpang R N R Salak
Simpang Kg Tersusun Salak
Simpang Kg Loh
Simpang Perikanan
Simpang Karai
Simpang Sayong/Jambatan Iskandar

6) DAERAH KUALA KANGSAR
Simpang-simpang yang terlibat dengan laluan LTdL 2019 bermula dari sempadan Kuala Kangsar-simpang Persiaran Sayong (Jambatan Sultan Iskandar) hingga sempadan Taiping-Bukit Berapit akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai jam 2 petang hingga jam 4 petang.

Penutupan jalan / persimpangan / kawasan yang terlibat adalah :

Sepanjang laluan bermula di Km 44 Jalan Ipoh-Taiping hingga simpang lampu isyarat Penaga.
Sepanjang Jalan Daeng Selili
Bulatan Menara Jam
Jalan Taiping, simpang lampu isyarat Bendahara hingga simpang lampu isyarat Hospital Kuala Kangsar.
Jalan Ipoh-Taiping meliputi simpang-simpang lampu isyarat Taman Indah, Taman Lavender, Taman Bunga Raya dan Padang Rengas.
Jalan Ipoh-Taiping meliputi Perak Hanjoong hingga Bukit Berapit.

Panduan Tambahan: Kenderaan dari Tol Kuala Kangsar yang ingin ke Kg Jamuan akan dilencongkan ke arah Gerik melalui Jalan Jamuan-Kati. Pergerakan kenderaan berat tidak dibenarkan sepanjang laluan LTdL 2019 dan lencongan akan dibuat oleh pihak Polis dan JPJ. Dilarang sama sekali untuk meletakkan / parkir sebarang kenderaan di bahu kiri dan kanan bahu jalan sepanjanh laluan LTdL 2019 terutama kawasan pekan Jalan Daeng Selili dan Padang Rengas bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

7) DAERAH TAIPING
Jalan-jalan yang terlibat dengan laluan dari sempadan Kuala Kangsar (Bukit Berapit) hingga ke penamat di Dataran Warisan, Taiping. Jalan yang akan dilalui untuk perlumbaan LTDL 2019 akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai jam 3 petang hingga jam 5.30 petang.

Jalan-Jalan Yang Akan Ditutup Adalah:

Jalan Ipoh-Butterworth (Bukit Berapit Hingga Ke Lampu Isyarat Simpang)
Jalan Kuala Sepetang-Taiping (Lampu Isyarat Simpang Hingga Ke Lampu Isyarat Masjid India)
Jalan Tamingsari (Masjid India Hingga Ke Jalan Kelab Baru(Padang Esplanade)

Panduan Tambahan:

Daripada Kuala Kangsar hendak ke Pekan Taiping boleh melalui lebuhraya Utara Selatan, keluar Tol Changkat Jering dan terus memasuki Jalan Air Kuning (ikut arahan polis trafik bertugas di lampu isyarat Changkat Jering).
Daripada Changkat Jering/ Air Kuning melalui Jalan Air Kuning – Jalan Menteri Besar (Pasar Pokok Assam) – Jalan Tupai (Petronas Tupai).
Daripada Kuala Kangsar hendak ke Kamunting boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di Tol Kamunting (tiada penutupan jalan di Kamunting).
Daripada arah Kuala Sepetang akan dilencongkan ke Jalan Ipoh-Butterworth(Balai Polis Simpang) dan sekitar kawasan Simpang, boleh melalui jalan Tembaga Kuning (kilang Toyo tyres) – Jalan Sultan Izzudin Shah (Giant/Petronas Aulong) – Jalan Stesyen (belakang Hospital Taiping) – Jalan Temenggong (hadapan IPD Taiping) – Jalan Muzium (SMK Treacher) – Jalan Tamingsari (Penjara Taiping) – Taman Tasik Taiping.
Daripada Selama/ Batu Kurau dan Kamunting melalui Taman Tasik Taiping

LARANGAN: Pergerakan kenderaan berat tidak dibenarkan dikawasan sepanjang laluan ltdl dan lencongan akan dibuat oleh pihak polis dan jpj. Dilarang sama sekali untuk meletakkan kenderaan di kiri dan kanan bahu jalan sepanjang laluan ltdl bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Tidak dibenarkan melalui semua lorong/jalan keluar dan masuk ke laluan utama. Laluan ltdl akan dibuka dan lencongan akan dibuat oleh petugas trafik sehingga peserta ltdl selesai melalui laluan tersebut. Jalan akan di buka semula kepada semua lalulintas selepas semua acara perlumbaan selesai ke sempadan yang terlibat.

Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan yang mungkin berlaku akibat dari penutupan jalan tersebut. Sebarang pertanyaan yang berkenaan, pihak masyarakat boleh menghubungi;

Bilik Gerakan IPD Muallim
05-4528222
Bilik Gerakan IPD Tapah
05-4015222
Bilik Gerakan IPD Kampar
05-4650020
Bilik Gerakan IPD Ipoh
05-245 1562
Bilik Gerakan IPD Sungai Siput Utara
05-5980134
Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar
05-7767222
Bilik Gerakan IPD Taiping
05-8082222 / 05-8291242
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak.
Tel: +605-245 1076
No. Faks: +605-245 1348
Email: [email protected]

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");