Sukan Hari Ini

LTdL Mampu Suntik Budaya Sukan Berbasikal

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan penganjuran siri jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) mampu menyuntik satu fenomena baru dikalangan rakyat di negara ini.

Jelas beliau, aktiviti berbasikal sememangnya menjadi trend untuk masyarakat zaman sekarang melakukan aktiviti sihat.

Namun katanya, dengan adanya LTdL 2019 maka ia dapat menyemarakkan lagi aktiviti itu dan sekaligus dijadikan satu budaya sihat dikalangan rakyat.

“Memang aktiviti berbasikal jadi trend masa kini namun saya harap dengan adanya LTdL ia dapat menyemarakkan lagi sukan ini dan terus dijadikan satu budaya yang sihat.

“Kementerian saya memang sangat menggalakkan anak-anak muda melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sihat termasuklah sukan berbasikal.

“Saya harap dengan penganjuran LTdL kali ini peminat sukan berbasikal boleh menggunakan laluan yang digunakan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Syed Saddiq menambah, laluan yang dipilih untuk LTdL 2019 memberi pengalaman yang berbeza buat pelumba.

Katanya, selepas ini akan ada laluan yang dikira paling mencabar iaitu bermula dari Shah Alam ke Genting Highland.

“Pertama kali LTdL ini dianjurkan oleh Perdana Menteri ada untuk memperkenalkan Malaysia dan sebab itu dari segi laluan, penganjur cuba memberi pengalaman dan cabaran berbeza untuk setiap laluan.

“Malah disebabkan begitu cintakan siri jelajah ini, Perdana Menteri sendiri akan berada di 2 peringkat terakhir yang bakal berlangsung di Langkawi,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");