Sukan Hari Ini

“Mampukan Sanchez Selamatkan United?”

MANCHESTER United berkunjung ke Barcelona awal pagi Rabu ini, memerlukan keajaiban Liga Juara-Juara selepas tewas 0-1 di laman sendiri untuk mara ke separuh akhir.

Menurut laporan Harian Metro, kepulangan pemain termahal kelab itu daripada kecederaan selama enam minggu untuk kunjungan ke Calalonia mungkin menjadi sumber inspirasi.

Bagaimanapun kemerosotan Alexis Sanchez selama 16 bulan di United menjadikan kepulangan pemain Chile itu hanya meletakkannya di belakang Marcus Rashford, Romelu Lukaku, Anthony Martial dan Jesse Lingard dalam senarai keutamaan Ole Gunnar Solskjaer.

Sanchez menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menyertai kelab itu daripada Arsenal pada Januari, dengan pendapatan hampir £400,000 (RM2.15 juta) seminggu selain beberapa bonus.

Malangnya bagi Red Devils, tidak banyak sumber bonus untuk diterima pemain itu yang hanya menjaringkan lima gol daripada 41 penampilan bersama kelab itu dan hanya dua sepanjang semusim penuh di Old Trafford.

Sanchez meninggalkan Barcelona untuk Liga Perdana Inggeris pada 2014 demi menggalas tugas lebih penting selepas terhimpin dengan ketibaan Neymar di Nou Cam dan Luis Suarez untuk melengkapkan gandingan digeruni bersama Lionel Messi.

Kini berusia sekitar 30-an, kedua-dua Suarez dan Messi masih diletakkan sebagai taruhan utama Barcelona, mengumpul 66 gol sepanjang musim ini.

Sebaliknya aksi bersama kelab dan negaranya bagaikan meletihkan Sanchez meskipun baru berusia 30 tahun Disember lalu.

Malah aksi Sanchez di United bukan saja dibatasi aksi buruk tetapi juga beberapa isu kecederaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");