Berita Hari Ini

PAS Berharap RUU 355 Dibentangkan Julai Ini

KOTA BHARU: PAS berharap Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) dapat dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan di Parlimen Julai ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata jika Kerajaan Persekutuan membentangkan RUU berkenaan, PAS akan menyokong penuh.

Beliau turut yakin Ahli Parlimen UMNO akan memberi sokongan penuh kepada RUU berkenaan.

“Sehingga kini kita masih berharap ia dapat dibentangkan dan besar harapan kita menteri berkaitan memberi penekanan berhubung perkara itu.

“Baru-baru ini saya mengadakan pertemuan secara tidak rasmi dengan menteri berkaitan dan saya turut memaklumkan undang-undang di mahkamah syariah perlu diperbetulkan dan beliau memberi maklum balas kerajaan akan melakukan secara holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliyah agama di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memberi gambaran setakat ini pihaknya tidak nampak usaha kerajaan untuk membawa RUU 355 ke Parlimen.

“Kita tidak nampak bayang pun setakat ini, namun Kerajaan Pusat perlu membawa RUU ini ke Parlimen. Akta lain yang baharu saja dipinda pun sudah dibawa ke mahkamah, inikah pula RUU 355,” katanya kepada BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");