Berita Hari Ini

Pelaksanaan Subsidi Petrol Bersasar Bergantung Kepada Data Terkini BSH

PUTRAJAYA: Pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan bergantung kepada secepat mana Sekretariat Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat mengemukakan data bersih terkini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Mereka (Sekretariat BSH) sekarang dalam proses melakukan pembersihan. Difahamkan mereka kini dalam fasa akhir,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama, hari ini.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahukan data yang kredibel iaitu memastikan penerima yang layak dimasukkan dalam senarai, manakala yang tidak layak pula dikeluarkan.

“Jika pelaksanaan subsidi bersasar itu berjaya, KPDNKK berhasrat untuk melanjutkan kaedah itu kepada barangan pengguna lain seperti minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair. Dengan cara itu penjimatan dapat dicapai melalui kecekapan pelaksanaan bersasar,” katanya.

Menurut Saifuddin, pangkalan data BSH yang mengenal pasti kumpulan B40 yang layak menerima subsidi mendapati 90 peratus sahaja dari kalangan mereka mempunyai akaun bank manakala 10 peratus lagi tidak mempunyai akaun khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata pihaknya sedang berunding dengan beberapa bank yang mempunyai cawangan meluas di seluruh negara bagi membantu mereka membuka akaun.

Ketika ini terdapat 4.1 juta penerima BSH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");