Perak Hari Ini

Perkhidmatan Bas Rakyat Mudahkan Pelajar Sekolah

IPOH-Kerajaan negeri akan menambahbaik perkhidmatan Bas Rakyat dari Manjung ke Beruas yang digunakan untuk pelajar sekolah di kawasan itu dari semasa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong berkata, buat masa sekarang empat buah bas telah disediakan dan segala kos ditanggung oleh kerajaan negeri sebelum operator sebenar dilantik.

“Perkhidmatan ini hanya difokuskan kepada kemudahan pelajar sekolah sahaja bagi menyenangkan proses pengambilan dan penghantaran mereka di kawasan Kayan, Lumut, Changkat Keruing dan Beruas.

“Jadual perjalanan bas ini telah dimaklum kepada wakil-wakil penduduk dan turut dipamerkan di dalam bas bagi memudahkan para pelajar dan perkhidmatan ini tidak menghadapi masalah dengan laluan yang dituju kerana hanya melibatkan pengambilan pelajar sekolah pada waktu pagi iaitu bermula 6.00 pagi dan mengambil pelajar pulang pada 2.10 petang.

Ujarnya lagi, pihak bas rakyat telah mewujudkan kumpulan Whatsapp bersama para pelajar dengan tujuan penyebaran maklumat jika terdapat apa-apa perubahan jadual yang dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abd Manaf Hashim (BN- Pengkalan Baharu) yang bertanyakan tentang perkhidmatan bas rakyat dari Manjung ke Beruas yang tidak mengikut jadual, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.

Pada perkembangan sama, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa mengambil berat mengenai perkhidmatan pengangkutan awam di negeri Perak bagi memudahkan warganya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");