Perak Hari Ini

Persidangan Dun Perak Bermula 16 April

IPOH- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kali ini akan diadakan selama enam hari bermula 16 April hingga 23 April ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, persidangan Dun dilaksanakan bertujuan bagi membentangkan belanjawan dan pembangunan negeri.

“Selain belanjawan negeri, terdapat lain-lain agenda, enakmen yang hendak diluluskan dan usul-usul yang akan dibawa pada persidangan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujarnya lagi, persidangan atau takwim untuk seluruh tahun ini  juga telah ditetapkan supaya kesemua ADUN dapat merancang jadual mereka sepanjang tahun.

“Pada tahun ini, mesyuarat pertama akan bermula pada  16 hingga 23 April, 23 hingga 30 Julai untuk mesyuarat kedua dan 12 hingga 20 November 2019 bagi mesyuarat ketiga,” katanya.

Menurut Koo Ham lagi, masa akan ditambah untuk memastikan setiap ahli menggunakan masa dengan baik semasa sesi soal jawab serta bagi melancarkan proses persidangan.

“8 minit telah ditetapkan untuk setiap exco untuk sesi soal jawab, jika dibandingkan di Parlimen, mereka hanya diberikan 6 minit dan ini bertujuan untuk memperjelaskan lagi tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.

Tambahnya lagi, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri pada 16 April nanti.

Oleh kerana itu katanya lagi, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab akan ditutup pada jam 8 hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada istiadat tersebut.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif yang lain bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");