Perak Hari Ini

PUBI Perak Rakan Strategik Karnival Mahabbah 1.0

IPOH: Bagi melancarkan lagi Karnival Mahabbah 1.0 akan berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh pada 24 sehingga 28 April ini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) Perak telah dilantik sebagai rakan strategik program.

Menerusi satu kenyataan, Pengerusi PUBI Perak, Sharul Baha berkata beliau menyambut baik perkara tersebut yang mana ia dijangka bakal menjadi antara karnival terbesar di Bandaraya ini.

Katanya, antara pengisian Karnival Mahabbah 1.0 termasuklah barisan persembahan artis popular tanahair seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, kumpulan Hijjaz, kumpulan Rabbani, artis rock “Reunion Hijrah”, Kufya Band, kumpulan Qathrunnada dan Hasnul Diwani.

Selain itu, turut diadakan juga ceramah “Kompas Wang”, tazkirah dan forum perdana serta pertandingan nasyid dan demonstrasi masakan.

“Pada 24 April, akan diadakan Majlis Makan Malam Amal yang diadakan bertujuan mendapatkan kutipan dana bagi merancakkan program pengimarahan masjid yang akan dijadualkan sepanjang tahun ini.

“Sumbangan dana ini akan diperolehi dari penjualan meja pada Majlis Makan Malam Amal itu.

“Pembelian meja terbahagi kepada 3 kategori. Kategori pertama iaitu Platinum berharga RM5,000 (berhampiran dengan pentas utama), kategori kedua iaitu Gold berharga RM3,000 (dibahagian tengah dewan), manakala kategori Silver berharga RM2,000 (bahagian belakang).

“Keseluruhan penjualan meja ini terhad kepada 90 unit sahaja,” katanya.

Selain itu ujarnya, mana-mana individu atau syarikat korporat yang ingin menaja meja untuk Majlis Makan Malam Amal boleh menghubungi pihak penganjur di talian 013-4866153 atau melalui talian pejabat 05-2641404.

Pada masa sama, PUBI berharap agar karnival tersebut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga Ipoh dan dari seluruh Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");