Membawang Hari Ini

Schawal ‘David & Victoria Beckham’ Malaysia?

KUALA LUMPUR: Menyangkal ada persamaan dengan pasangan selebriti terkemuka England, David dan Victoria Beckham, Scha Alyahya serta suami, Awal Ashaari, selesa menjadi diri sendiri.

Menggunakan tagline ‘Schawal’ yang diberi wartawan ketika mereka mula bercinta, Scha mengaku bukan mudah membina reputasi diri, apatah lagi untuk berganding dengan suami sebagai suatu ‘jenama’.

“Tak sangka gelaran ‘Schawal’ melekat hingga hari ini. Kami tiada rahsia untuk jadi serasi.

“Alhamdulillah, produk tempatan dan antarabangsa suka dengan gandingan kami melalui tawaran yang diterima,” katanya kepada BH Online.

Scha dan Awal bernikah pada 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang berusia lima tahun.

Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Azean Syed Mahadzir berkata, karakter dirinya dan suami saling melengkapi.

“Jika diikutkan, saya dan Awal memiliki karakter berbeza. Awal lebih kepada penguasaan maklumat dan komunikasi.

“Saya pula fokus kepada fesyen dan penggayaan. Jadi, kami saling melengkapi dan memperbaiki semua kelemahan untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Scha berkata, terserah kepada peminat untuk memberi gelaran atau label kepada dirinya dan suami.

“Sejujurnya, kami lebih selesa menjadi diri sendiri daripada dibandingkan dengan pasangan lain.

“Tidaklah nampak persamaan seperti pasangan David dan Victoria Beckham… Namun, kami lihat semua itu daripada sudut positif,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan pereka kasut, Christy Ng, seperti yang diumumkan baru-baru ini, Scha berkata, projek itu adalah untuk tempoh tiga bulan.

“Saya bersyukur apabila dimaklumkan, jumlah tempahan melebihi stok.

“Saya hanya menjalankan tanggungjawab dengan berkongsi gambar kasut yang digayakan ke acara atau majlis… Tak sangka ia memberi impak sebegini rupa,” katanya, memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");