Sukan Hari Ini

Sukar Buat Hafizh Di Argentina

KUALA LUMPUR-  Satu lagi detik sukar buat pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 pada pusingan kedua Grand Prix Argentina, awal pagi tadi.

Meskipun itu dianggap cukup baik jika mengambil kira faktor dirinya yang memulakan aksi dari petak ke -21, namun ia sebenarnya dibantu lima pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan.

Hanya pelumba dari Itali, Andrea Iannone menjadi satu satunya pelumba yang  menamatkan  saingan di belakang Hafizh dalam perlumbaan dimenangi juara dunia, Marc Marquez itu.

Bagaimanapun, Hafizh yang sebelum ini meraih kedudukan tercorot dalam aksi pembukaan di Qatar tidak menolak ada peningkatan prestasi dipamerkannya.

“Saya gembira dengan peningkatan pada perlumbaan semalam! Terima kasih kepada Red Bull KTM Tech3 kerana mereka terus meletakkan kepercayaan terhadap saya.

“Saya amat bermotivasi untuk perlumbaan ini, walaupun menghadapi kesukaran pada permulaan. Tetapi saya cuba untuk bangkit dan berjaya mengejar kelompok pelumba di depan saya.

“Malang sekali, selepas 15 pusingan, saya merasakan tidak sedap hati dengan tayar belakang, kerana kurangnya cengkaman,” katanya.

Pada musim lalu, Hafizh meraih kedudukan kesembilan di litar sama dan kegagalan kali ini mungkin berpunca daripada pertukaran jentera Yamaha M1 kepada KTM RC16 untuk 2019.

“Saya gembira, kerana masih berupaya mengekori Johann (Zarco), walaupun kami masih perlu berusaha dengan tayar belakang. Kami kian hampir meraih mata, tetapi masih jauh daripada kelompok depan,” kata Hafizh-BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");