Sukan Hari Ini

The Malaysia Nasional Team Harap Ada Tuah Peringkat Ketiga LTdL 2019

The Malaysia National Team akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk merebut gelaran juara di laluan peringkat ketiga, LTdL 2019 bermula Muar dan berakhir di Putrajaya.

Salah seorang pelumba dari pasukan itu berkata, disebabkan salah seorang dari mereka berasal dari Johor maka ia lebih memudahkan pasukan itu untuk merangka strategi.

Selain itu jelas beliau, latihan yang jitu telah dilakukan namun nasib masih belum menyebelahi pasukan itu untuk peringkat pertama dan kedua.

“Untuk peringkat ketiga, kita akan tingkatkan kekuatan mental dan fizikal selain strategi yang baik.

“Harap untuk peringkat ini usaha kita membuahkan hasil dan dapat menjadi juara dan sekaligus mendapat memilik mana-mana jersey.

Untuk laluan peringkat ketiga, pelumba akan memulakan siri jelajah ini dari Stadium Sultan Ibrahim, Muar dan berakhir di Dataran Putrajaya dengan jarak sejauh 192.9 km.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");